MENGAPA PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA BOLEH TINGKATKAN TARAF HIDUP ANDA?

Ditulis oleh: Nurul Izzati Binti Ahmad Nasaruddin

Ramai orang fikir pelaburan hartanah hanya untuk yang kaya-raya. Sebenarnya, ramai rakyat biasa yang berjaya cipta kekayaan jangka panjang melalui strategi hartanah yang betul. Ini sebabnya kenapa hartanah masih jadi pilihan utama:


✅ 1. Kenaikan Nilai Hartanah (Capital Appreciation)

  • Dalam 10 tahun terakhir, harga rumah teres di kawasan seperti Bangi, Shah Alam dan Johor Bahru meningkat lebih 40%.
  • Contohnya, rumah RM280,000 pada tahun 2013 kini dijual lebih RM420,000 pada 2023.
  • Kenaikan ini berlaku kerana permintaan kekal tinggi, terutamanya di kawasan strategik.

✅ 2. Pendapatan Pasif Dari Sewa

  • Rumah yang disewakan boleh menjana pendapatan tetap setiap bulan, tanpa perlu kerja tambahan.
  • Contoh: Rumah apartmen disewa RM1,300 sebulan, tolak ansuran pinjaman RM1,000 — anda masih untung RM300 sebulan.
  • Kalau anda ada 3 rumah? RM900 pendapatan pasif setiap bulan.

✅ 3. Leverage – Guna Duit Bank Untuk Gandakan Aset

  • Anda hanya perlu sediakan 10% hingga 15% wang pendahuluan, baki dibayar melalui pinjaman bank.
  • Contoh: Dengan RM50,000 anda boleh beli rumah RM500,000. Bila harga naik 10%, anda untung RM50,000 — bukan atas modal RM50k, tapi atas nilai penuh hartanah!

✅ 4. Lindung Nilai (Hedge) Dari Inflasi

  • Nilai wang makin susut saban tahun, tapi harga hartanah makin naik.
  • Hartanah bantu kekalkan kuasa beli dan melindungi simpanan anda daripada ‘dimakan inflasi’.
  • Satu rumah hari ini mungkin mampu beli, tapi 10 tahun akan datang — belum tentu!

✅ 5. Lebih Stabil Berbanding Saham

  • Saham boleh naik 10% dalam sehari, tapi juga boleh jatuh 20% esoknya.
  • Hartanah tidak mudah terkesan oleh emosi pasaran. Nilainya lebih konsisten dalam jangka panjang.

✅ 6. Bina Ekuiti dan Pemilikan Penuh

  • Setiap kali anda bayar ansuran, anda ‘beli’ sebahagian daripada rumah itu.
  • Selepas beberapa tahun, anda miliki lebih banyak nilai rumah.
  • Bila rumah habis bayar — anda miliki sepenuhnya aset bernilai tinggi.

✅ 7. Lokasi Boleh Ubah Nasib

  • Kawasan yang dulu sunyi kini jadi hotspot. Contoh: Semenyih, Rawang, dan Nilai.
  • Infrastruktur baru seperti lebuh raya, stesen MRT, pusat beli-belah akan naikkan permintaan dan nilai hartanah.

⚠️ Jangan Terperangkap Dengan Isu Undang-Undang

  • Ada rumah yang nampak cantik dan murah, tapi ada ‘jerat’ — status tanah pajakan tamat, sekatan kepentingan yang tidak boleh diangkat, rumah tiada, atau tuan tanah sudah meninggal dan waris yang cuba menjual tanpa menyelesaikan urusan pusaka.
  • Ramai pelabur yang baru-baru berjinak kerugian ribuan ringgit kerana tidak mendapat nasihat guaman berkaitan hartanah terlebih dahulu. Semata-mata nak jimat. 

Kenapa anda takut membayar sekitar RM200-RM500 utk satu consultation fee sedangkan nilai hartanah tersebut mungkin boleh membawa kerugian ratusan malah jutaan ribu ringgit?


👩‍⚖️ Nasihat Profesional

  • Sebelum beli, semak dulu geran, status hartanah, dan terma dan syarat dalam perjanjian.
  • Pastikan anda tahu dan faham hak sebagai pembeli dan tanggungjawab sebagai pemilik.

Kesimpulan:
Pelaburan hartanah bukan skim cepat kaya, tapi ia antara cara paling selamat untuk bina kekayaan yang kukuh dan diwariskan jika kena dengan caranya. 


#PelaburanHartanah #BijakUrusAset #PeguamHartanah#IAALawyers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *