Jumpa owner harini untuk briefing dan collection document sokongan Permohonan Kebenaran Pindahmilik (Leasehold) dari Bumi kepada Non Bumi.

Mencabar sebenarnya jual rumah leasehold bumi kepada non bumi ni sebab..

Sebab ada permohonan kebenaran yang memerlukan Pertimbangan pihak berkuasa negeri.

Jadi peluang untuk lulus tu pun 50-50 selalunya..

Saya selalu bagitau client rumah leasehold kalau boleh dapatkan lah bumiputera buyer.

Sebab Proses tersebut lebih mudah berbanding jual tanah jenis leasehold dari bumiputera kepada bukan bumiputera.. Proses ni ada tambahan masa.. Kos iklan.. dan dokumen serta bukti2 sokongan.

Bukan apa, pertimbangan ni bukan datang dr peguam.. datang dari Exco Negeri dan Pejabat Menteri Besar.. Proses juga tak sekejap hampir 4-5 bulan untuk dapat surat kelulusan.. Dan permohonan juga belum tentu terus lulus.

Sebab tu nasihat saya pada agent juga jangan fikir untuk close terus, analisis sekali kes tu.

Bukan apa.. Kalau tak lulus, konfirm sale and purchase agreement perlu dibatalkan dan automatically earnest deposit juga perlu dipulangkan.

Kan da tambah kerja tu. Tapi kalau dah cuba cari.. tak dapat juga.. Dan bukti kukuh menunjukkan keterdesakan untuk menjual kepada bukan bumiputera, barulah kita akan usahakan dan proses urusan jual beli.

kita Usaha. Selebihnya kita doa dan tawakkal kepada Allah SWT.

Kalau cerita pengalaman, bukanlah semua leasehold bumiputera kepada non bumiputera ni tak lulus. Ada juga yang lulus.

Tapi ini kali pertama saya dapat yang tak lulus pada permohonan kebenaran pindahmilik Bumi kepada non bumi. Walaupun alasan saya rasa cukup kukuh pada permohonan pertama, tapi masih tak lulus. Alasannya adalah alasan-alasan Penjual untuk menjual hartanah tak cukup kukuh.

Kali kedua ni sekali lagi kita lampirkan sekali laporan perubatan terkini penjual berserta surat sokongan penghulu dan adun yg membuktikan penjual betul2 perlu menjual hartanah tersebut dalam tempoh terdekat kepada pembeli ini juga bukti-bukti owner memerlukan wang dalam tempoh terdekat.

Semoga lulus Rayuan Permohonan pindahmilik bumiputera kepada bukan bumiputera kali ini.

Kesian saya pada owner. Moga Allah permudahkan urusan Penjual dan Pembeli.

Aminnn🤲🏻🤲🏻

Sekian daripada saya;

Nurul Izzati Ahmad Nasaruddin
Peguam Messrs Izzati, Aqilah, Annisa & Associates

10 thoughts on “JUALAN HARTANAH LEASEHOLD BUMIPUTERA KEPADA NON BUMIPUTERA

  1. Ct says:

    Salam… maaf tnya… rayuan tu lulus atau tidak? kerana Sy Pon menunggu kelulusan Dr kerajan negeri utk leasehold bumi kepada non bumi…

      • Ct says:

        permohonan saya telah ditolak.. boleh bg tips utk kelulusan…? kami memerlukan sgt fund ni utk survive. … 😔 dpt lawyer yg xde pengalaman bab ni.. Kali pertama ditolak sbb x ikut pekeliling… Kali kedua kerana alasan x kukuh.. sedangkan ada suami yg menghidap kanser .. ada yg telah dibuang kerja… selain kedudukan tanah terlalu jauh.. bantu Sy ..

        • author test says:

          maaf puan, kami tak boleh bagi nasihat bagi pihak puan kerana kami bukan peguam yang dilantik apatah lagi setiap kes adalah berbeza. Puan boleh berhubung terus dengan peguam yang puan lantik atau menukar peguam sekiranya tiada kerjasama dari peguam yang dilantik. Selain dari itu puan juga boleh berhubung terus dengan pejabat tanah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

  2. teha says:

    saya nak tanya. dekat mana iklan 3 kali untuk 3 bulan tu akan diiklankan? di surat khabar apa & melalui media website apa? contoh ada sorang wakil bumiputera untuk beli rumah bumiputera tu & proses untuk bagi non bumi tu terbatal betul? bagaimana proses itu boleh dilakukan?

    • author test says:

      1. Iklan bergantung kepada penjual
      2. Bergantung pada budi bicara pihak berkuasa negeri
      3. Tidak terbatal secara automatik
      4. Maaf puan, proses ini perlukan perbincangan panjang untuk maklumat lanjut puan boleh hubungi kami untuk sesi konsultasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *