KENAPA “DIY” TAK SEMUDAH YANG DISANGKA?

Realiti Baru 2025

Tahun 2025 membawa berita gembira: had nilai Harta Pusaka Kecil di Pejabat Tanah (JKPTG) telah dinaikkan kepada RM5 juta. Di atas kertas, ini bermakna waris boleh jimat kos guaman mahkamah tinggi kerana tidak perlu memfailkan Grant of Probate atau Letter of Administration (LA) di mahkamah sivil untuk harta di bawah nilai ini.   

Namun, sebagai peguam hartanah, saya melihat sisi lain. Kenaikan had ini bermakna Pegawai Pejabat Pusaka kini memikul beban kes yang lebih berat dan kompleks. Sistem “buat sendiri” (DIY) yang digalakkan kerajaan kadangkala akan berakhir dengan waris terpinga-pinga.

Dilema Waris: “Saya Tak Tahu Nak Mula Kat Mana”

Walaupun anda boleh buat sendiri, realitinya ramai waris kecundang di fasa pertama: Pengumpulan Fakta dan Dokumen.

  • Masalah: Waris sering tidak tahu beza antara tanah lot lidi, geran mukim, atau strata. Mereka mengisi borang dengan maklumat salah, menyebabkan permohonan ditolak selepas berbulan menunggu. Bukan itu sahaja, bukan semua urusan tanah lot lidi boleh diterima di Pejabat Pusaka memandangkan pendaftaran Lot Lidi ini telah diharamkan sejak 2018
  • Sentuhan Peguam: Di sinilah bermulanya Fasa Enquiry & Appointment. Peguam tidak sekadar mengisi borang; kami bertindak sebagai “penyiasat”. Kami akan menapis maklumat sahih, memastikan setiap geran tanah adalah versi terkini (bukan geran lama zaman atuk yang dah lupus), dan mengenalpasti waris yang sah mengikut Faraid sebelum data dimasukkan ke dalam sistem.  

Kesimpulan

Had RM5 juta adalah peluang, tetapi tanpa panduan pakar, ia boleh jadi perangkap masa. Pada pendapat saya, mengupah peguam bagi kes pusaka yang rumit bukan pembaziran, tetapi pelaburan untuk memastikan fail anda “jalan” dan tidak tersangkut di kaunter pertanyaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *