Bila Adik Beradik Mula Masam Muka
Kadangkala bila datang isu pusaka waktu inilah berlaku perbalahan. Masing-masing nak menang nak lebih sedangkan dari awal tu hanya arwah. Harta terpijak yang bergolek dapat ke kita. Kenapa nak gaduh?
Tapi.. Isu pusaka bukan sekadar matematik Faraid; ia isu emosi.
“Abang Long nak tanah tepi jalan, Adik Bongsu tak puas hati.”
Sebab tu dalam keadaan emosi bercelaru, sebaiknya lantiklah pihak ketiga yang profesional seperti peguam untuk membantu Fasa Persediaan Perbicaraan, dimana:
- Pihak Ketiga tersebut boleh membantu menerangkan hak setiap waris secara objektif tanpa emosi.
- Peguam juga selalunya mencadangkan solusi Takharuj (Pelepasan Hak) atau pertukaran aset (Contoh: “Kak Ngah ambil ASB, Abang Long ambil Tanah”). Tetapi Peguam bukan pembuat keputusan, kami hanya memberi cadangan berdasarkan keadaan keluarga.
- Selain itu, anda juga boleh meminta bantuan Peguam menyediakan Borang DDA (Persetujuan/Penolakan) dengan betul dan memastikan ia ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
Tanpa orang tengah yang neutral seperti peguam, mesyuarat keluarga sering berakhir dengan pergaduhan.
Hal ini juga bila di dalam perbicaraan tidak akan dilayan oleh Pegawai Pusaka untuk melayan drama keluarga anda di bilik bicara; jika gaduh, kes ditangguh.
Oleh itu, pastikan anda masuk bilik bicara dengan Satu Suara.

