Bayangkan Malaysia ini seperti sebuah rumah besar. Untuk pastikan penghuni rumah ini hidup aman, sayang-menyayangi, dan tidak berbalas dendam, kita perlukan “peraturan rumah” yang jelas. Inilah yang kita panggil Undang-Undang Bertulis.

Berikut adalah pecahan mudah apa yang dimaksudkan dengan Undang-Undang Bertulis di Malaysia:

1. Perlembagaan Persekutuan

Ini adalah dokumen paling tinggi. Ia seperti “Manual Utama” negara. Mana-mana undang-undang lain tidak boleh lawan manual ini. Ia menjaga hak asasi kita—seperti hak untuk hidup, hak bersuara, dan hak beragama.

2. Akta (Dibuat di Parlimen)

Apabila wakil rakyat kita (MP) berbincang di Parlimen dan bersetuju dengan satu peraturan baru untuk seluruh Malaysia, ia dinamakan Akta.

  • Contoh: Akta Pengangkutan Jalan (supaya orang tidak memandu melulu dan membunuh orang lain).
  • Contoh: Akta Kanak-Kanak (untuk melindungi si kecil daripada penderaan).

3. Enakmen & Ordinan (Undang-Undang Peringkat Negeri)

Malaysia ada banyak negeri. Jadi, setiap negeri ada kuasa membuat undang-undang sendiri untuk perkara tertentu (seperti tanah atau agama Islam).

  • Enakmen: Digunakan di negeri-negeri Semenanjung.
  • Ordinan: Digunakan di Sabah dan Sarawak.

4. Undang-Undang Kecil / Peraturan (Subsidiary Legislation)

Menteri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL atau MPaj tidak perlu masuk Parlimen setiap kali ingin mneggubal peraturan parking atau lesen kedai. Mereka diberi kuasa untuk membuat Undang-Undang Kecil. Tujuannya supaya komuniti setempat lebih teratur dan beretika.


“Eh, Al-Quran, Hadith dan Keputusan Mahkamah tu macam mana pula?”

Ini bahagian yang ramai keliru. Mari saya jelaskan kedudukannya dalam sistem kita:

  • Al-Quran & Hadith: Di Malaysia, prinsip Al-Quran dan Hadith menjadi punca kuasa utama bagi Undang-Undang Islam. Namun, ia hanya menjadi “Undang-Undang Bertulis” apabila kerajaan negeri memasukkannya ke dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Jadi, ia bukan setakat teks agama, tetapi sudah menjadi undang-undang rasmi negeri yang wajib dipatuhi.
  • Keputusan Mahkamah: Secara teknikal dalam buku teks undang-undang, keputusan hakim (precedent) dipanggil Undang-Undang Tidak Bertulis. Pelik kan? Walaupun hakim tulis keputusan itu dalam kertas, ia dipanggil “tidak bertulis” kerana ia tidak digubal oleh Parlimen. Ia adalah “budi bicara” hakim untuk menyelesaikan masalah rakyat berdasarkan keadilan dan rasa simpati/ihsan.

Kesimpulannya

Undang-undang bertulis adalah janji hitam putih antara kerajaan dan rakyat. Ia dibuat supaya kita tahu apa hak kita dan apa tanggungjawab kita. Tanpanya, orang yang kuat akan menindas yang lemah. Dengan adanya undang-undang, kita melindungi yang lemah atas dasar kemanusiaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *