Ramai orang awam main terjah sahaja ke Amanah Raya atau Pejabat Pusaka tanpa diagnosis awal. Akibatnya? Permohonan di tolak setelah menunggu berbulan-bulan kerana salah tempat.
Tak kurang juga yang da pandai-pandai masukkan urusan di Amanah Raya untuk keluarkan wang arwah kemudian perintah tersebut perlu ditarik semula dengan kos kerana permohonanya sepatutnya perlu dilakukan di Pejabat Pusaka,
Sebab itu melantik Peguam untuk Fasa Konsultasi dapat menentukan “Laluan Undang-Undang” yang tepat:
- Ada Tanah + Nilai < RM5 Juta: Kita ke JKPTG (Pusaka Kecil). Ini laluan paling jimat kos mahkamah, tapi renyah dari segi masa.
- Tiada Tanah + Tunai < RM600k: Kita ke Amanah Raya. Tapi awas, fi pentadbiran mereka boleh jadi tinggi (4-5% bertingkat) berbanding lantik peguam untuk kes tertentu.
- Wasiat (Non-Muslim) atau Harta > RM5 Juta: Wajib ke Mahkamah Tinggi. Di sini peranan peguam adalah mandatori untuk memfailkan Geran Probet atau Lantikan Pentadbir.
Kenapa Perlu Diagnosis Peguam?
Waris sering terlepas pandang isu “Harta Alih” dan “Harta Tak Alih”. Contohnya, arwah ada rumah master title yang belum ada geran individu atau arwah ada harta yang masih ada loan. Ramai waris beranggapan selepas bicara di Pejabat Pusaka mereka akan terus menerima harta tersebut sebagai pemilik tetapi mereka sebenarnya hanya dilantik sebagai Pentadbir yang perlu “perfectkan” iaitu menyempurnakan dulu proses pindahmilik daripada pemaju atau menyelesaikan proses hutang arwah bagi hartanah tersebut. Ini bermakna mereka perlu melantik peguam bagi urusan tersebut sebelum membuat ulang bicara untuk turun milik pada nama waris-waris.
Ingat pentadbir bukan pemilik harta. Mereka hanya dilantik untuk menguruskan pentadbiran harta tetapi bukan pemilik bagi harta arwah.
Semasa proses konsultansi, Peguam selalu akan semak beberapa perkara termasuklah:
- Apakah jenis dan sekatan yang ada pada hartanah?
- Adakah status rumah tersebut dan bukti pemilikan harta tersebut – sudah atas nama arwah sendiri atau masih atas nama pemaju (belum perfect)?
- Adakah waris-waris semua wujud boleh berbincang secara muafakat atau bergaduh?
Diagnosis salah bermakna anda rugi masa 6-12 bulan. Bayaran konsultasi peguam (sekitar RM300-RM500) adalah kecil berbanding kerugian masa ini.

