ANDA BETUL-BETUL DAH BERSEDIA?

Siapa yang tak teruja bila dapat kunci rumah sendiri, kan? Tapi ramai tak sedar, kos beli rumah bukan setakat bayar harga rumah dan tandatangan perjanjian jual beli (SPA). Ada banyak kos lain yang mungkin tak masuk dalam bajet awal anda!

Kami selalu jumpa pembeli rumah pertama yang terkejut dengan pelbagai bayaran tambahan yang perlu dibayar. Jadi, jom kita sama-sama cakna kos-kos tersembunyi yang anda perlu tahu supaya tak menyesal di kemudian hari.

Dua Jenis Kos Penting

Bila beli rumah dan terima kunci rumah, anda akan hadapi dua jenis kos utama: kos sekali bayar dan kos berkala. Kedua-duanya penting untuk difahami supaya bajet anda tak lari jauh.

Kos Sekali Bayar

  1. Kos Pemeriksaan Kecacatan Rumah
    • Bila dapat kunci, jangan terus pindah masuk! Upah Pegawai Kecacatan (defect officer) untuk semak jika ada masalah pada rumah. Kalau ada kerosakan, anda boleh tuntut pembaikan dari pemaju.
  2. Kos Pindah Milik (Perfection of Transfer)
    • Kalau beli rumah strata (kondo atau apartment), proses pemindahan nama dari pemaju ke nama anda perlu dibuat. Ini penting supaya rumah betul-betul jadi hak milik anda.
  3. Kos Perfection of Charge
    • Kalau beli rumah guna pinjaman bank, anda kena buat proses ini untuk sahkan bahawa bank ada hak ke atas rumah sehingga hutang selesai dibayar.

Kos Berkala (Setiap Tahun/Bulan)

  1. Yuran Penyelenggaraan & Tabung Penyenggaraan (Maintenance and Singking Fund)
    • Kalau duduk di kondo atau perumahan berpagar, anda perlu bayar yuran ini setiap bulan untuk penyelenggaraan kawasan dan simpanan bagi pembaikan besar di masa depan.
  2. Cukai Tanah & Cukai Pintu
    • Pemilik rumah wajib bayar cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun. Kadar bayaran bergantung pada jenis dan lokasi rumah anda.
  3. Bil Perkhidmatan Pembentungan
    • Indah Water Konsortium (IWK) akan caj bayaran untuk sistem pembentungan. Biasanya dikenakan secara bulanan atau suku tahunan.
  4. Insurans Kebakaran
    • Jika beli rumah dengan pinjaman bank, insurans kebakaran wajib diambil. Ini untuk lindungi rumah anda daripada risiko kebakaran.

5.  Bil-Bil Utiliti seperti TNB, Syabas, Internet dsbg.

Kenapa Penting Untuk Faham Semua Kos Ini?

Ramai pembeli rumah hanya fikir harga rumah tanpa pertimbangkan kos tambahan. Akibatnya, ada yang terpaksa berhutang lebih atau terpaksa jual rumah semula kerana tak mampu tanggung kos sebenar. Jadi, lebih baik bersedia dari awal!

Apa Yang Anda Boleh Buat?

  1. Buat Kajian Awal – Kenal pasti semua kos yang terlibat sebelum beli rumah. Jangan hanya fokus pada harga rumah semata-mata.
  2. Sediakan Bajet Lengkap – Masukkan kos sekali bayar dan anggarkan perbelanjaan berkala dalam bajet anda.
  3. Dapatkan Khidmat Peguam & Pakar – Peguam hartanah, ejen hartanah dan perancang kewangan boleh bantu anda faham proses pembelian dengan lebih jelas.
  4. Upah Pegawai Kecacatan – Jangan ambil mudah, walaupun pemaju terkenal. Pemeriksaan awal boleh selamatkan anda daripada kos pembaikan besar di masa depan.
  5. Sentiasa Ikuti Perkembangan – Undang-undang dan caj berkaitan hartanah boleh berubah. Pastikan anda sentiasa peka dengan perubahan terkini.

Kongsi Pengalaman Anda!

Pernah alami kejutan dengan kos tersembunyi bila beli rumah? Jom kongsi cerita anda di ruangan komen! Kalau artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai yang bersedia sebelum beli rumah pertama mereka.

#BeliRumah #HartanahMalaysia #KosTersembunyi #PeguamHartanah #IAALawyers #PembeliRumahPertama #TipsHartanah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *