KENAPA ANDA TAK BOLEH AMBIL MUDAH
Ditulis oleh: Nurul Izzati Binti Ahmad Nasaruddin
Ramai pemilik rumah tidak sedar bahawa selepas urusan jual beli selesai, masih ada satu langkah penting yang wajib dibuat — iaitu Perfection of Title (POT) atau Penyempurnaan Hakmilik.
Jika langkah ini tidak dilakukan, nama anda sebagai pembeli masih tidak didaftarkan secara rasmi dalam geran hartanah, walaupun anda telah bayar sepenuhnya dan tinggal di rumah tersebut.
🔍 Apa Itu Perfection of Title (POT)?
- Proses mendaftarkan nama pemilik sebenar dalam dokumen hak milik (sama ada hak milik individu atau strata).
- Lazimnya diperlukan bila beli rumah dari pemaju, kerana pada masa itu, geran belum dikeluarkan kepada individu — masih atas nama pemaju atau geran induk.
⚠️ Kenapa Ia Sangat Penting?
- Tanpa POT, rumah itu masih secara rasmi atas nama pemaju, bukan atas nama anda.
- Bila nak jual, hibah, wasiat atau laksana urusan pusaka, proses akan menjadi rumit atau tergantung dan perlu juga selesaikan POT di dahulu. Jadi semakin lambat anda uruskan, semakin panjang tempoh untuk anda ke urusan seterusnya.
📍 KES SEBENAR:
- Seorang pemilik rumah meninggal dunia tanpa sempat buat POT.
- Waris cuba laksanakan urusan pusaka, tetapi geran masih nama pemaju.
- Masalahnya, pemaju sudah bankrap dan tiada liquidator dilantik.
- Akibatnya, waris tak boleh jual atau tukar hak milik — rumah tergantung bertahun-tahun walaupun sudah ada pembeli!
🤔 Kenapa Ramai Tak Buat POT?
- Tak Tahu Proses Ini Wajib
- Ramai ingat bila dapat kunci dan siap bayar pinjaman, semuanya dah selesai.
- Hakikatnya, nama anda belum sah dalam geran selagi POT tak dibuat.
- Ramai ingat bila dapat kunci dan siap bayar pinjaman, semuanya dah selesai.
- Kos Tambahan
- Proses ini ada kos guaman dan duti setem tambahan, jadi ramai tangguh dulu “nak tunggu senang”.
- Ironinya, lagi lama tangguh, lagi tinggi risiko dan kos masa depan.
- Proses ini ada kos guaman dan duti setem tambahan, jadi ramai tangguh dulu “nak tunggu senang”.
- Tiada Desakan Segera
- Bank atau pemaju jarang ‘push’ pembeli buat POT, jadi ramai tak ambil berat.
- Tapi bila nak jual rumah atau pemilik meninggal dunia, masa tu baru kelam-kabut.
- Bank atau pemaju jarang ‘push’ pembeli buat POT, jadi ramai tak ambil berat.
- Pemaju Bankrap atau Tidak Lagi Wujud
- Bila pemaju bankrap, segala urusan mesti melalui liquidator.
- Jika tiada liquidator dilantik atau tak dapat dikesan, anda mungkin perlu naik turun pejabat tanah dan mahkamah untuk tempoh lama.
- Bila pemaju bankrap, segala urusan mesti melalui liquidator.
✅ Apa Anda Perlu Buat Sekarang?
- Jika anda sudah terima notis issuance of strata title atau hak milik individu, jangan tunggu.
- Segera lantik peguam hartanah untuk uruskan POT.
- Lagi awal dibuat, lagi mudah dan murah urusannya.
#PerfectionOfTitle #HartanahMalaysia #PeguamHartanah #RumahMarhaen #IAALawyers