BUKAN SEKADAR HITAM PUTIH
Ramai orang sewakan rumah atau menyewa rumah secara mulut sahaja – “percaya je lah”, katanya. Tapi bila ada masalah, baru sedar mulut tak boleh jadi bukti di mahkamah.
Ingat ya, perjanjian sewa bukan sekadar kertas kosong. Ia boleh jadi penyelamat anda – sama ada anda tuan rumah atau penyewa.
⚖️ 1. Jadi Bukti Undang-Undang Kalau Berlaku Pertikaian
- Kalau penyewa tak bayar sewa, atau tuan rumah tiba-tiba naikkan sewa sesuka hati, perjanjian ini boleh jadi bukti utama di mahkamah.
- Ia tunjukkan apa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sejak awal.
🛠️ 2. Senaraikan Tanggungjawab Jelas – Siapa Buat Apa
- Contoh: Siapa kena bayar bil api air, Cukai taksiran, maintenance? Siapa baiki kalau paip bocor?
- Kalau tak letak dalam perjanjian, mula lah masing-masing tolak tanggungjawab.
- Dengan dokumen, semua dah hitam putih – tak ada siapa boleh lepas tangan.
⏳ 3. Tetapkan Tempoh Sewa dan Notis Tamat
- “Eh, awak tak boleh keluar bulan ni, saya belum cari penyewa baru!”
- Bila tak ada perjanjian, memang akan jadi situasi begini.
- Perjanjian akan nyatakan dengan jelas: berapa lama tempoh sewa, dan berapa lama notis perlu diberi jika nak tamatkan sewaan.
💸 4. Lindungi Deposit Anda
- Ramai penyewa hilang deposit sebab tiada perjanjian yang sah.
- Perjanjian menyatakan jumlah deposit, bila boleh dituntut balik, dan dalam keadaan apa deposit boleh dipotong – semuanya mustahak untuk elak rasa tertipu.
🚪 5. Elak Masalah ‘Halau-Menghalau’ Secara Haram
- Tuan rumah tak boleh halau penyewa sesuka hati, dan penyewa pun tak boleh duduk percuma selepas tamat kontrak.
- Dengan perjanjian, kedua-dua pihak tahu apa hak dan had masing-masing, supaya tak melanggar undang-undang.
✍️ Kesimpulan:
Tak kisahlah anda tuan rumah atau penyewa – buatlah perjanjian sewaan secara sah dan bertulis. Ia tak mahal, tapi boleh selamatkan ribuan ringgit, maruah dan hak anda.
#PerjanjianSewa #TenancyAgreement #PeguamHartanah #IAALawyers #SewaSelamat