Ramai pemilik rumah tak sedar mereka sebenarnya belum berdaftar nama sendiri dalam hakmilik, walaupun dah bayar habis pinjaman dan tinggal di rumah bertahun-tahun.

Kenapa? Mari kita kupas satu-satu — sebab rakyat marhaen yang bijak tak akan ulang silap yang sama.


🧾 1. Tak Tahu Pun Kena Buat

  • Majoriti pembeli sangka nama dah automatik masuk geran bila jual beli selesai.
  • Hakikatnya, anda perlu buat proses Perfection of Title (POT) untuk tukar nama dalam hak milik secara rasmi.
  • Kalau tak buat, dalam sistem pejabat tanah, rumah masih nama pemaju atau pemilik lama.

💸 2. Nak Jimat, Tangguh Kos Guaman & Duti

  • Ya, proses POT ada kos tambahan – termasuk:
    • Fi guaman
    • Duti setem untuk pindah milik
    • Caj pendaftaran
  • Tapi, menangguh kerana nak jimat boleh jadi beban besar kepada waris apabila perlu nak urus pusaka, faraid, laksana wasiat ataupun untuk dijual bukan semudah yang disangka kerana kos yang akan lebih tinggi.

🕰️ 3. Tiada Keperluan Mendesak – “Buat Nanti-nantilah”

  • “Tak nak jual lagi pun, duduk je rumah ni.”
  • Tapi bila nak guna rumah sebagai cagaran, atau berlaku kematian, masa tu barulah terasa panik sebab nak urus geran yang belum atas nama sendiri.

🏚️ 4. Pemaju Dah Bankrap atau Syarikat Tutup

  • Bila pemaju bankrap, urusan tukar nama jadi lebih rumit sebab melibatkan penglikuidasi liquidator.
  • Kalau tak ada liquidator dilantik, geran akan tergantung bertahun.
  • Contoh sebenar: rumah pusaka, pemilik meninggal, pemaju pula bankrap. Waris tak boleh jual sebab nama masih pemaju dan belum ada penglikuidasi yang mengambil alih perumahan tersebut.

📑 5. Tak Faham Implikasi Undang-Undang

  • Ramai ingat geran bukan keutamaan sebab dah ada S&P atau dah duduk rumah.
  • Tapi tanpa nama dalam geran:
    • Tak boleh buat pindah milik terus di pejabat tanah masih perlukan surat pemaju.
    • Susah nak urus pusaka
    • Tak boleh guna rumah sebagai cagaran bank jika notis POT da dikeluarkan pemaju tapi pemilik sendiri tak uruskan lagi geran.
    • Tak boleh tuntut hak secara menyeluruh kerana masih melibatkan pemaju.

📌 Kesimpulan:

“Kalau anda pemilik sah rumah, pastikan nama anda juga sah dalam geran!”

Proses tukar nama dalam geran bukan sekadar formaliti — ia adalah bukti pemilikan yang sah dalam undang-undang.
Jangan tunggu ada masalah baru nak bertindak. Semakin awal anda selesai, semakin tenang fikiran dan urusan masa depan.

#TukarNamaGeran #PerfectionOfTitle #GeranRumah #PeguamHartanah #IAALawyers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *