GERAN INDIVIDU, RUMAH TIADA HUTANG

Fokus Negeri: Semenanjung Malaysia


Situasi Sesuai Guna Pindahmilik Kasih Sayang:

Pindah milik rumah atau tanah kepada anak, isteri, suami atau ibu bapa, adik beradik.

Hartanah telah habis bayar/hutang dah langsai (tiada sekatan bank)

Geran Hakmilik individu

Sesuai untuk tujuan hibah keluarga atau penyusunan harta pusaka awal


Tempoh Anggaran Proses (Garis Masa)

  1. Dapatkan maklumat & dokumen lengkap – 7 hari
  2. Sediakan Suratan Hibah / Deed of Gift & setem di LHDN – 7 hari
  3. (Jika perlu) Permohonan Kebenaran Kos Rendah (kalau rumah kos rendah/sederhana) – 2 bulan
  4. (Jika perlu) Permohonan Kebenaran Pindah Milik (kalau ada sekatan kepentingan di geran) – 2 bulan
  5. Tandatangan Borang 14A di hadapan Pentadbir Tanah – 7 hari
  6. Adjudikasi Borang 14A di LHDN (set duti setem kasih sayang) – 14 hari
  7. Kelulusan & bayaran duti setem (jika ada) – 7 hari
  8. Serah semua dokumen ke Pejabat Tanah untuk proses pendaftaran nama baru – 14–30 hari
  9. Geran baru atas nama penerima siap! – Tamat proses

Dokumen Diperlukan (Daripada Pemberi & Penerima Harta)

  1. Salinan kad pengenalan berwarna (depan & belakang, tiada palang)

2. Salinan kad pengenalan pasangan (jika ada)

3. Alamat surat menyurat terkini

4. Bukti hubungan keluarga (contoh: surat beranak, sijil nikah)

5. Salinan geran asal / salinan rasmi geran (jika ada hakmilik individu)

6. Salinan cukai tanah dan cukai taksiran terkini

7. Salinan bil utiliti (api, air, indah water)

8. Salinan surat pengesahan rumah bebas hutang (jika berkaitan)

9. Jika strata: Salinan CF / CCC dan resit maintenance terkini

10. Jika ada: Senarai perabot / pengubahsuaian / maklumat isi rumah


Maklumat Tambahan yang Diperlukan:

  1. No telefon dan emel untuk dihubungi

2. Pekerjaan & jumlah pendapatan pemberi dan penerima

3. Nama dan no IC pasangan (jika ada)

4. Nama bapa & alamat bapa (jika masih hidup)

5. Jumlah tanggungan semasa

6. Tempat lahir & bangsa

7. Status rumah sekarang (kos rendah/sederhana atau tidak)

8. Rumah sedang duduk sekarang: sewa / milik keluarga / sendiri

9. Adakah rumah pertama penerima? (Ya / Tidak)

10. Status cukai pendapatan – No LHDN (jika ada daftar)


Nota:

Kos pindah milik kasih sayang bergantung kepada negeri & nilai hartanah (duti setem boleh mendapat pengecualian memorandum pindahmilik kasih sayang RM10 jika ibu/bapa kepada anak atau sebaliknya

Atau
memorandum pindahmilik kasih sayang RM10 jika nenek kepada cucu atau sebaliknya

Atau

suami kepada isteri dan sebaliknya)

Kalau hartanah ada sekatan, perlu tunggu kelulusan sebelum pindah milik

Proses lebih cepat jika semua dokumen lengkap & tiada isu apa-apa bayaran tertunggak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *